Saturday 22 March 2014

WACANA ILMU : 2 Marhalah

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamu'alaikum~

sedikit perkongsian

 Alhamdulillah, tanggal 20 Mac, Wacana Ilmu yang dianjurkan oleh PMIUTM telah berlangsung dengan jayanya. Saya sebagai peserta, sangat bersyukur kerana dapat menambah ilmu bermusafir ini.. Almaklumlah, dah nak cuti midsem, perjalanan yang jauh pasti akan menyebabkan seseorang itu menunaikan solat secara jamak dan qasar.. okay, we start now. Di sini saya cuma mahu berkongsi apa yang saya dapat daripada majlis ilmu tersebut. Jika ada salah dan silap, harap ditegur. Isi-isi telah disampaikan oleh Ustaz Ellyeen.

Musafir memberi makna orang yang dalam perjalanan
Allah memberikan keringanan kepada orang bermusafir dengan syarat:-
1. Musafir tujuan yang baik, bukan untuk melakukan maksiat
2. Destinasi melalui atau melebihi 2 marhalah yang bersamaan dengan 91km
3. Mengetahui destinasi yang dituju dan tidak sesat.

Hikmah 
(i) ringan dan memudahkan umat islam untuk menunaikan solat
(ii) tanda kasih sayang Allah SWT kepada manusia

Sekarang, kita masuk ke solat yang boleh dilakukan ketika bermusafir~

SOLAT QASAR
Maksud
Bahasa: pendek & ringkas
Istilah: memendekkan solat jenis 4 rakaat kepada 2 rakaat.

Syarat-syarat
1. Melepasi sempadan kawasan sbgai cth: kita duduk di Taiping. kita kena keluar dulu daripada sempadan Taiping dahulu baru boleh memulakan solat qasar.
2. Tidak berniat bermukim (hidup menetap) melebihi 3hari, tidak termasuk perjalanan pergi dan balik.
3. Masih dalam keadaan musafir ketika mengerjakan solat qasar

SOLAT JAMAK
Maksud
Bahasa: Himpun atau kumpul
Istilah: **maaf tak sempat salin**

Jamak terbahagi kepada dua, jamak taqdim dan jamak takhir
Jamak taqdim, mengumpulkan dua solat pada awal waktu, cth: solat asar kedalam solat zohor, atau solat isyak ke dalam solat maghrib.
Jamak takhir, mengumpulkan dua solat pada akhir waktu, cth: solat zohor kedalam solat asar, atau solat maghrib ke dalam solat isyak.

ketika jamak taqdim, haruslah mengikut tertib. dahulukan yang awal. cth, zohor dan asar, haruslah kita lakukan zohor dahulu baru solat asar.
ketika jamak takhir, tidak kisaha mana yang mahu didahulukan.

antara dua solat yang ingin dijamakkan, haruslah berturut turut. tidak boleh berlaku pemisahan yang lama antara kedua dua solat

sampai di sini saja, maaf ada yang terkurang atau tersilap..
MOGA BERMANFAAT~ (:

.

Tuesday 11 March 2014

UKHUWAH~

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamu'alaikum~

sedikit perkongsian


Ukhwah adalah hadiah buat orang beriman..

Jika ukhwah antara kita dengan sahabat kita semakin pudar atau rengang,

Bukan salah kita yang jarang bertemu,
Bukan juga salah kita yang tak pernah contact,

Tapi, iman kita yang lemah.. 

Jadi, kuatkan iman kita dan agar ikatan ukhwah kita semakin kuat ketat dan erat.. ((:


ukhuwah ini ada 3 peringkat

1- Berlapang dada dengan sahabat
penyakit yang sering dialami oleh kita ketika berukhwah ni adalah "berprasangka"
betul tak? tak dinafikan lagi, saya pun turut laluinya.. jadi, kita sebagai seorang sahabat, haruslah ada sifat berlapang dada dan husnuzhon (bersangka baik) terhadap sahabat. InsyaAllah, sama sama kita cuba okay? 

2- Bersama-sama lakukan (sama rata)
maksud di sini adalah, bila kita ada sesuatu tu, kita nak sahabat kita pun ada benda tu.. sebagai contoh, jika kita ada ilmu pasal sesuatu subjek laa, kita pun akan pastikan sahabat kita tu pun akan dapat apa yang kita ada.. tapi, contoh yang paling terbaik, apabila kita nak pergi menuntut ilmu agama, kita nak sahabat kita tu pun ada sekali supaya dia puna akan dapat ilmu yang kita bakal peroleh.. itu baru SUPERB~!

3- Melebihkan sahabat
ini adalah tahap paling tinggi dan kemuncak dalam sesebuah ukhwah. Dalam peringkat ini, kita mengutamakan sahabat daripada diri kita sendiri. Contoh satu kisah semasa Perang Yarmuk. 

seorang sahabat Rasulullah SAW bernama Abu Jahim Bin Huzaifah yang menyertai Perang Yarmuk itu meriwayatkan satu peristiwa tentang pengorbanan pejuang-pejuang Islam yang berhati mulia.

ketika pertempuran itu berlaku, Abu Jahim terlihat saudaranya yang terbaring berlumuran darah, lalu dia berkejar mandapatkan saudaranya untuk memberikan air. Tetapi, ketika dia hampir memberikan air kepada saudaranya, dia terdengar seorang pejuang islam yang berteriak "Berikan saya air, air!". Mendengar suara itu, saudara Abu Jahim memberi isyarat agar air itu diberikan kepada orang itu. Tanpa berlengah, dia mendapatkan pejuang itu. Namun, belum sempat dia memberi air kepada pejuang itu, dia terdengar pula suara lagi salah seorang pejuang dalam perang itu yang megerang kesakitan. Bagaimanapun, sebelum sempat dia pergi ke pejuang ketiga itu, ia telah mati syahid, lalu dia bergegas ke pejuang kedua namun ia juga telah mati syahid. Tanpa lengah lagi, dia terus pergi mendapatkan saudaranya namun ia juga telah mati.



SUBHANALLAH. begitulah salah satu contoh yang dapat dilihat yang menggambarkan situasi melebihkan sahabat.

adakah kita telah mencapai ketiga-tiga peringkat ini? hmm.. sebenarnya, peringkat pertama itu pun masih susah buat diri ini.. insyaAllah, kita sama-sama cuba.

moga Allah permudahkan segalanya~

إِنَّمَا ٱلۡمُؤۡمِنُونَ إِخۡوَةٌ۬ فَأَصۡلِحُواْ بَيۡنَ أَخَوَيۡكُمۡ‌ۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تُرۡحَمُونَ


Maksudnya : Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat. (49:10)



MUTIARA KATA :

Terikatnya hati-hati dengan ruh-ruh ini dengan ikatan aqidah, kerana aqidah itu adalah paling kuat dan mahal. ukhuwah itu saudara iman, perpecahan itu saudara kekufuran. Kekuatan yang pertama adalah kekuatan kesatuan dan tidak akan wujud tanpa kasih-sayang. Serendah-rendah ukhwah itu adalah berlapang dada dan setinggi-tingginya adalah ithar (melebihkan kepentingan saudara lain) "
Imam As-Syahid Hassan Al-Banna