Tuesday 20 May 2014

Assignment?

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamu'alaikum~

sedikit perkongsian

     VS



|ASSIGNMENT|
Kebanyakkan di kalangan pelajar pulun habes kalau bab nak siapkan assignment ni.. Sebab apa? Kita, aku, kau, dia dan mereka takut nanti carry mark untuk final sikit. Macam mana nak score kalau carry mark sikit kan? Lagipun, assignment ni ade due date, so kita kena la siapkan on time..
hmmm,, tapi.. cuba bayangkan? Kalau Allah pun bagi assignment kat kita.. Assignment nye baca Quran dan setiap bulan dan kena khatamkan serta fahami. Tapi Allah Maha Baik. Kenapa kita ambil mudah hal ni? Kerana kita tak sedar, sebenarnya kita di dunia ni pun ade due date die. yang bila-bila masa je boleh tiba.. Tarikh tamat kita ber'assignment' mencari carry mark untuk akhirat adalah MAti.. so, perbanyakkanlah assignment yang boleh membawa kita menuju ke syurga Allah..

insyaAllah.. 

#notetomyself


Saturday 10 May 2014

GPS

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamu'alaikum~

sedikit perkongsian

"GPS"
kadang-kadang kita memerlukan GPS untuk pergi ke sesuatu tempat, negeri or lokasi yang kita tak pernah pergi. supaya kita tak sesat dan sampai ke ke tempat yang hendak di tuju.
Dalam islam juga kita perlukan GPS untuk membawa kita ke jalan yang sudah pasti semua ingin tinggal di sana (syurga).. caranya mudah, ikut apa yang tertulis dalam Al-quran dan lakukan as-sunnah.. sesungguhnya, Al-Quran itu penunjuk jalan ke arah yang benar.
tak lupa juga amalkan amar makruf nahi mungkar.. supaya islam ini tersebar luas.. itu lah GPS kita sebagai seorang hambaNya~ wallahu'alam

sebarkan kasih sayang~ ((:

Saturday 3 May 2014

KASIH, SAYANG, CINTA

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamu'alaikum~

sedikit perkongsian


haiwan mempunyai perasaan kasih sayang terhadap anaknya.. haiwan juga mempunyai perasaan cinta terhadap yang sejenis dengannya (untuk pembiakkan) dan cinta mereka mengikut nafsu.
suami isteri, mempunyai perasaan kasih, sayang cinta terhadap pasangan dan keluarga supaya lahirnya keluarga sakinah mawaddah wa rahmah.
Kasih, sayang, CINTA seorang ibu terhadap kita lagi luar biasa. Dia sanggup berkorban apa sahaja bagi melahirkan seorang anak yang suatu hari nanti bakal memberikan kebahagiaan kepada anaknya. Jadi, sebagai seorang perempuan, jika masih belum berkahwin.. Hargailah pengorbanan ibumu. dan lelaki, sebelum dan selepas kahwin, IBUmu tetap jadi No 1 tau selepas Allah dan Rasulullah. Jangan pernah menderhakainya kerana kau sudah punya Cinta kedua (isteri)
Akhir sekali, CINTA, KASIH dan SAYANG Allah SWT terhadap hambaNya.. Kasih sayang Allah tiada tandingannya.. Cuma kita yang kadang2 lupa akan Dia. Perbanyakkan singgah ke rumah Allah. Jangan bila nak nikah je, baru cari rumah Allah. Setiap yang dilakukan di dunia ini, jika tanpa keberkatan Allah.. sia-sialah. Kejar Rahmat Allah.. dengan mencintai Allah, orang sekeliling akan mencintai anda..
wallahu'alam~

**satu gambar, empat pecahan, siapa nampak?**
sebarkan kasih sayang~
(macam karangan)

catur

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamu'alaikum~

sedikit perkongsian


Permainan catur ibarat perjuangan di medan perang. Tersilap langkah, habes laa. 
Susun strategi yang terbaik, agar 'king' dapat diselamatkan. 

*takenote : sama la seperti belajar, susun strategi yang unik, cth: buat timetable ke. . Supaya, kita akan dapat hasil yang terbaik. (ade kaitan ke ek?) err, entah laa -.-

STUDY SMART NOT STUDY HARD (depends jugak pada sesetengah org)