Saturday 11 July 2015

✿ Belajar dan Mengajar Keindahan Islam ✿

Assalamu'alaikum w.b.t
Indahnya ISLAM yang sedia ada. Cuma kadang-kadang ia tercemar dengan sikap dan adab umat yang menganut agama itu. Dan membawa pandangan yang kurang baik terhadap penganut agama lain. Sebelum kita pergi kepada keindahan yang ada dalam islam. Ayuh kita kenal dahulu serba sedikit “apa itu islam”.

APA ITU ISLAM?

 Islam? Apa yang kita tahu tentang islam? Islam itu agama? Kita lahir dalam islam? Seumur hidup kita sudah memeluk agama islam, namun apabila kita ditanya definisi islam itu sendiri mungkin kita akan menjawab: “Islam itu agama”.

Mungkin jawapan itu boleh diterima jika kita jawab kepada kawan-kawan sekepala kita. Namun, jika ada rakan daripada agama lain bertanyakan hal ini. Adakah jawapan itu sesuai? Jadi, mari kita kenal dahulu Islam itu sendiri supaya lebih mudah untuk kita sebarkan keindahan yang ada dalam islam. Islam adalah sebagai Ad-Din yang merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia yang terkandung di dalamnya aqidah, amalan-amalan dan hukum-hakam berhubungan dengan rohani dan jasmani, agama dan politik dan segala urusan hidup di dunia dan akhirat. Islam adalah agama yang mengimani satu Tuhan iaitu Allah SWT. Islam juga memiliki erti “penyerahan”, atau penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah semata. Pengikut dan pengamal ajaran Islam dalam kehidupan seharian digelar Muslim yang membawa erti “seorang yang tunduk kepada Allah”. Dalam hadis riwayat Muslim ada menerangkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Islam itu ialah mengakui tiada Tuhan melainkan Allah dan bahwasanya Nabi Muhammad itu utusan Allah (mengucap dua kalimah syahadah), kemudian mendirikan solat, mengeluarkan zakat, berpuasa bulan Ramadan, serta menunaikan ibadah haji bagi yang mampu. Seperti kita belajar di buku Pafa masa sekolah dulu. Tak kan dah lupa kot.

Jelas bukan tentang Islam? Sudah mengerti makna Islam, barulah kita boleh pergi ke stage yang seterusnya iaitu untuk mengetahui keindahan islam.

BELAJAR DAN MENGAJAR KEINDAHAN ISLAM
Sebagai manusia di muka bumi ini, kita takkan pernah lari daripada proses belajar dan mengajar. Sesungguhnya seseorang itu lahir tidak dilahirkan terus ada ilmu. Ilmu hanya boleh dapat dengan cara BELAJAR. Jadi, JOM kita belajar keindahan yang tersimpan dalam agama sanjungan kita. Jika ingin dihuraikan satu persatu keindahan islam itu, pasti tidak ternilai. Kerana semua itu kurniaan Allah SWT. Namun di sini, akan dihuraikan serba sedikit keindahan islam yang berkait rapat dengan diri kita sendiri:

1. Mudahnya mendapat pahala
Pahala itu adalah ganjaran yang Allah kurniakan kepada hambaNya yang melakukan kebaikan. Di sini akan dikongsikan serba sedikit pahala yang mudah kita peroleh dengan mudah.
Daripada Aisyah bahawa Rasulullah bersabda: “Melihat pada tiga perkara adalah ibadah. Melihat wajah ibu bapa, melihat al-Quran dan melihat lautan.” – (Riwayat Abu Nuaim) dan ditambah dengan “Melihat Ka’abah”. (Riwayat Abu Daud).

Hanya dengan memandang empat perkara ni pun kita sudah dapat pahala. Betapa Pemurahnya Allah kepada kita. Selain itu, Allah mengurniakan pahala kepada hambaNya yang memasang niat untuk melakukan kebaikan.
Dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“ALLAH Azza wa Jalla berfirman:  Jika hambaKu hendak melakukan suatu kejahatan, maka janganlah kalian menulisnya hingga dia melakukannya.  Jika dia melakukan kejahatan itu, maka tulislah dengan kejahatan yang sama.  Jika dia meninggalkan kejahatan tersebut kerana-KU, maka tulislah untuknya satu kebaikan.  Dan jika dia hendak melakukan kebaikan, lalu dia tidak melakukannya,  maka tulislah untuknya satu kebaikan.  Jika dia melakukan kebaikan itu, maka tulislah untuknya dengan sepuluh kali ganda sampai tujuh ratus kali.”  (HR Muttafaq ‘Alaih)

SEE? Dengan hanya memasang niat untuk membuat perkara baik pun Allah membari ganjaran pahala, apatah lagi jika niat yang baik itu direalisasikan maka berganda-ganda pahala akan diberikan. Di dalam islam ni, mudah sangat kita untuk mendapat pahala. Namun, kenapa masih ramai yang memilih untuk tidak mengejarnya. Mengapa jalan melakukan dosa itu lebih susah dan ranjau tetapi ramai yang masih ingin mendapatkannya? Semua pilihan di tangan kita. Buatlah pilihan yang akan membuatkan kita senang, bahagia dunia dan akhirat.
semua nya di tangan kita...


2. Hubungan dalam islam
Islam ini tidak terhad. Tak semestinya kita hanya boleh mempunyai ikatan persaudaraan sesama islam sahaja, kita boleh menjalinkan hubungan dengan rakan daripada agama lain. Selagi mana kita dapat memberi contoh kepada mereka dan ingin menyebarkan keindahan agama kita, teruskan. Okay, sekarang ni fokus kepada keindahan apa yang ada di dalam hubungan sesama manusia ni? Lebih mudah untuk memanggil hubungan ini adalah, Ukhwahfillah. Ia membawa makna persaudaraan kerana Allah. Apabila kita jalinkan persaudaraan antara manusia, kita akan mendapati satu aura yang benar-benar lain jika hubungan itu benar-benar niatnya kerana Allah SWT. Tanpa kita sedar, bila berjauhan dengan sahabat kita, kita rasa rindu. Bila tiada, kita mendoakannya selalu. YES?! Itulah ikatan persaudaraan yang banyak mengajar kita tentang indahnya islam jika kita tidak salah memlilih sahabat. Imam Hassan Al-Banna pernah berkata:
“Serendah-rendah martabat ukhuwah ialah bersangka baik terhadap saudaramu, dan setinggi-tinggi martabat ukhuwah ialah apabila kamu meletakkan saudaramu lebih utama daripada dirimu sendiri.”
jika kita sungguh Cintakan persahabatan kita itu, pasti kita tidak akan cemari ikatan yang telah terjalin itu dengan perkara yang remeh. Sahabat yang baik akan sentiasa menegur jika kita berbuat salah, menasihati jika kita di dalam masalah dan bersama-sama ingin memimpin kita masuk ke syurga. Sejatinya, ukhuwah inilah yang menjadi salah satu rahsia keindahan umat Islam.

Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat.
(Al Hujurat: 10)

Hablu Minallah, Hablu Minannas (Hubungan dengan Allah, Hubungan dengan manusia). JOM Sama-sama usaha dan berazam untuk jaga kedua-duanya.

3. Islam bukan Anti-Fesyen
Bila cerita hal Fesyen, memang ada perkaitan dengan perempuan. Tetapi kaum adam tidak terkecuali. Cuma kupasan ini diberatkan kepada kaum hawa. Mesti sebagai seorang wanita, perempuan, muslimat terfikir kenapa Islam itu melarang kita nak pakai itu ini. Sebenarnya, islam bukan larang kita berfesyen pun. Tak, sikit pun tak. Cuma Islam anti dengan pendedahan aurat dalam berfesyen. Zaman sekarang ni memang banyak pakaian yang agak kurang sopan di jual hampir di semua mall ada. Yang pakaian nak menutup aurat tu susah nak jumpa. Eh ehh, Sapa kata ha? Sekarang ni banyak je baju-baju muslimah jual di pasaraya, baju jubah ala-ala princess pun banyak. Cuma ikut kemahuan kita ja, nak or tak nak je kan? Sebenarnya, segala larangan yang Allah sudah tetapkan tu, ada hikmah okay? Ia sebenarnya untuk menjaga maruah diri kita agar terlindung dari perkara yang tidak baik. Nampak tak? Allah angkat martabat kita sebagai seorang perempuan

Bagi wanita muslimah, berbanggalah dengan identiti yang ditentukan oleh Allah SWT untukmu. Buktikan rasa bangga tersebut dengan tampil yakin menutup aurat. Tak susah pun nak menutup aurat. Pastikan sebelum keluar rumah, Tanya pada diri: “Adakah pakaian yang pakai ini boleh dibawa terus untuk solat?” simple bukan? Jaga maruah anda, Allah akan jaga kita.
moga dengan berpakaian menutup aurat ini akan memaparkan keindahan islam itu sendiri bukan pada diri kita sahaja, mungkin juga pada kaum agama lain dan dapat menarik mereka berjinak dengan agama kita yang indah ini.



Islam itu benar benar indah apabila seseorang itu mempelajari dan menghayati serta mengamalkannya dengan bersungguh-sungguh. Penuhilah hari-hari yang anda lalui dengan belajar memahami dan sebarkan keindahan di dalam islam. Teruskan mencari keindahan yang tersirat dalam agama kita, agar kita bisa mengajarnya kepada yang lain. Semoga penulisan ini akan memberi sedikit sebanyak gambaran tentang ISLAM ITU INDAH. Yang baik itu datang dari Allah, dan yang buruk itu datang daripada diri saya yang kurang ilmu ini. Tegur jika salah, moga saya dapat perbaiki segala kesalahan. Wallahu’alam~


Wednesday 8 July 2015

Mendengar Nasihat

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamu'alaikum~

sedikit perkongsian

kita yang menerima nasihat bercas -ve
manakala yang memberi nasihat bercas +ve
Tapi, BAYANGKAN jika orang yang memberi nasihat tu bercas -ve jugak
(means, cakap kasar macam nak marah, macam nak cari gaduh or cakap ayat2 yang kesat)
Agak-agak, kita yang diberi nasihat ni menerima ke tak?

charge -ve & -ve (will repel)
charge -ve  dan +ve (will attract)

Jadi, berlemah lembut lah dalam berkata-kata atau menyampaikan sesuatu supaya tidak ada yang terasa.. 

#notetomyself
#sebarkankasihsayang~