Monday 9 January 2017

bulu mata jatuh? (kiri @ kanan)


pernah dengar orang kata :
jatuh bulu mata kanan-ada yang merindui
kalau bulu mata kiri yang jatuh plak,ada 2 versi..ada yang kata ada orang x suka atau kita yang rindu orang..

erm,dahsyat ni..bulu mata jatuh pun ada makna..waLlahua'alam tentang kesahihannya..tapi bukankah indah kalau yang berlaku itu dijadikan sebagai tazkirah..umpamanya.....

jatuh bulu mata kanan

*biasanya orang kata,bila bulu mata yang lentik sebelah kanan ada orang rindu..tapi cuba ibaratkan bila bulu mata tu jatuh kita anggap yang Allah rindu nak dengar doa kita..rindu nak dengar alunan Quran dari hambaNya yang hina..rindu agar kita membalas balik rindu Tuhan kerana pasti,jika kita rindu padaNya,rindu kita akan berbalas..

bulu mata kiri macam mana?
*andai kata orang benci,umpamakan sebagai syaitan itu benci kalau kita sentiasa bertafakkur mengingat Tuhan..syaitan banci melihat ibadah semakin bertambah baik..dan mestilah x suka bila umat Islam ni menuntut ilmu bukan?

*memang,sebenarnya kita sentiasa dalam kerinduan..fitrah insan untuk berTuhan..tersirat dalam tersurat akan segala ciptaan..


jadi lepas2 ni,kalau boleh bila bulu mata jatuh,janganlah percaya sangat apa yang diwariskan..bukan apa..syaitan itu licik..nanti mengingatkan hati pada 'dia' yang terlarang..jadikan jatuhnya pinjaman Allah itu sebagai satu tanda untuk melihat sejauh mana hubungan kita dengan Dia..insyaAllah,terasa kesannya..barakaLlahulakum!!

BUKIT SAGA my 1st experience of hiking

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamu'alaikum~

Hai kawan2..

This entry just a sharing moment
1st experience daki bukit.
It's about Bukit Saga yang aku and member2 Intern dah daki.
ON 30 July 2016 (Saturday)
It's quite shocked because I never daki daki bagai ni..
Nak nak lagi kau intern, routine kau masuk kerja then habes kerja.
Then balik rumah, masak memasak untuk family
 Then lepas solat isyak mostly dah syahid(tidur).
Tak tahu la penat dia lain macam.. 
sebab banyak berfikir woi, everyday kau hadap coding.. like erghhh 

OKAY, COME BACK TO THE STORY
ia bermula bila ade a group of budak intern masuk before sebulan seminggu lagi aku nak end my internship life.
surprisingly, depa ni jenis like to do something yang adventure.
walaupun depa ni bukan la kaki hiking sangat..
but okay apa, we start from beginner,
so tak dak orang nak merungut kalau kita ni asyik nak rehat la, nak duduk la.. 
so, we start making a whatsapp group.. syiok bincang2
kata nya mau tiba before pukul 8am,
and what? aku ni punctual lain macam..
pkul 7.45 dah terpacak kat kaki bukit..
dengan El (Ilyana). 
Pukul 8 kami hidupkan la group wasep tu..
rupa rupanya ada yang tak bangun lagi. like whut?
sokay laa.. so aku and El main selfie2 tangkap gambar.



cantik kan awan pagi itu (^_^)

about 8.30am si fahim sampai..
Kau bayang kan tunggu lagi one car (nur, aida, amalina) daripada ramai orang kat kaki bukit, terus tinggal lagi 4 ke 5 kelompok dah (kira sikit sebab bukit saga ni tumpuan orang daki)

then, pukul 8.50am depa sampai, so kasi chance warming up tak mau.. 
so exactly naik pukul 9am

so masa naik memang tak tahu bape jam, sebab tak dak siapa nak catit.


ABOUT ROUTE

okay
dia ada 2 route, ada orang kata 3. tak tahu laa..
kami mulakan dengan route menapak tangga (route belakang)
memang mencabar, berapa banyak kali berhenti, tapi please jangan berhenti dengan duduk,
sebab kau akan PENAT,
so buat la gaya berdiri tapi macam kau nak duduk (macam tahan tangan kau kat peha)
sebab aku menyesal duduk awal2 then penat dia nak matik. padahal baru permulan, 
checkpoint pertama pun tak jumpa lagi..
hahaha..

then, panjat panjat tangga, then akan ade landai punya jalan before nak sampai cabang sama ada kau nak pi puncak or air terjun.
aku tak ingat mana satu yang jumpa dulu before nak sampai cabang tu
sama ada small Chinese temple or pondok kecil untuk rehat.
bawah ni gambar2 rupa tangga and pondok kecil untuk rehat



okay before sampai cabang, hangpa akan nampak benda seperti di bawah

then dah jumpa cabang,
buat la pilihan, nak pi air terjun or puncak.

tapi, 
Notes: kalau korang lalu lagi satu route yang depan, pendakian korang akan sampai puncak dulu, baru jumpa cabang sama ada nak turun tangga or pi air terjun.


YES, we are to dumb nak sangat pi ayaq terjun, 
RASAKAN la dia punya route yang mencabar + licin (but I love it)
lama jugak nak sampai air terjun, 
beginner macam kami take about 1jam 30mins sebab ade yang nak berhenti,
sokay,

BUT KEPUASAN bila jumpe air terjun, 
nikmat!! walaupun hanya celup2 kaki.
nikmat sebab dua orang member bawak nasik lemak then nugget goreng + roti sosej roll..
siyes PUAS makan.. HAHAHAHA...


okay jalan pulang lalu la route bagaimana anda sampai ke air tejun..
takkan dah lupa kot.. (>_<)

sampai cabang, kami mula buat pilihan sama ada nak pi puncak or turun tangga,
kami pilih untuk pulang.. hahaha..
saat2 pulang, mula la ade yang krem banyak kali berhenti.
(tu la, aku suruh warming up tak mau)
sokay, kita datang sama2 pulang pun sama2.


APA APA PUN, KORANG THE BEST?!
Walaupun untuk permulaan.

so next plan pi Bukit Batu putih..



AKU NAK JUGAK NAIK ROUTE
BELAH DEPAN
NAK TENGOK VIEW KAT PUNCAK
INSYAALLAH THIS YEAR



Saturday 7 January 2017

ia DATANG TANPA DIUNDANG

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum~

Kadang kadang, ia menjengah masuk tanpa memberi salam dan mengetuk. 
Bila kita sedar, ia sudah menetap di dalam ruang kita. 
Kita tertanya tanya, apa makna kehadirannya?
Jika kita terimanya dengan beranggapan bahawa "semua orang dah ada. Aku bila lagi?"
Mungkin kau salah, 

atau mungkin juga kau terimanya kerana nafsu? Hmmm. 


يَادَاوُدُ إِنَّا جَعَلْنَاكَ خَلِيفَةً فِي الْأَرْضِ فَاحْكُمْ بَيْنَ النَّاسِ بِالْحَقِّ وَلَا تَتَّبِعِ الْهَوَى فَيُضِلَّكَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ إِنَّ الَّذِينَ يَضِلُّونَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ لَهُمْ عَذَابٌ شَدِيدٌ بِمَا نَسُوا يَوْمَ الْحِسَابِ 
…maka berilah keputusan (perkara) diantara manusia dengan adil dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu, karena ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah..” (QS. Al Shaad 26)

berfikir sejenak? adakah ia nafsu? hmmmm...

Dalam Al Qur’an terdapat satu penerangan: 
وَقَالَ الْمَلِكُ ائْتُونِي بِهِ أَسْتَخْلِصْهُ لِنَفْسِي فَلَمَّا كَلَّمَهُ قَالَ إِنَّكَ الْيَوْمَ لَدَيْنَا مَكِينٌ أَمِينٌ
“Kerana sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan”. (QS. Yusuf 54)
cinta kerana nafsu atau cinta benar tulus?.. kedua2nya itu berbeza. 
kenapa kita perlu mengikut perkara yang salah sedangkan Allah buka jalan lain yang boleh mencegah kita daripada terjatuh ke arah kemungkaran?
kenapa kita masih lakukan perkara yang dilarang sedangkan kita telah di didik dia zaman persekolahan tentang agama Islam.. Ini mungkin kerana iman kita yang tidak kuat..
Sering mempersoalkan "kenapa ITU INI?" tapi tidak mencari bagaimana untuk menyelesaikannya..


HADIRKANLAH diri anda ke majlis ilmu.. 
tuntutlah ILMU Allah yang serba luas ini..
Sebelum melakukan sesuatu mengikut nafsu, ingat semula ADAKAH AKU DI JALAN YANG BENAR?