Wednesday 3 January 2018

Sungai Chiling

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum~

Alhamdulillah,
kita masih diberikan pinjaman jasad dan nyawa
untuk masih hidup pada tahun baru iaitu tahun 2018 ni

Permulaan tahun ni, 
mahu berkongsi pasal pengembaraan kami ke sungai Chiling pulak.
sungai chiling ni tempat last yang aku and member intern bersama.
tapi just pergi 3 orang jugak. macam masa bukit batu chondong tu..
kami pergi masa 20 August 2016

okay, perjalanan ke sana macam biasa.
naik kereta, search je jalan kat google map or waze.
insyaAllah akan sampai ke tempat yang betul.
jangan risau...

tapi view2 before nak sampai sana. 
CANTIK!
macam ade lombong ke apa tahh..
kami buat perangai,
berhenti ja tepi jalan tu..
sebab tak dak la banyak sangat kenderaan pun kat lebuh raya tuu..
bawah ni antara2 view tu laa...






lombong ni as indicator laa, yang bagitau korang dah nak dekat sampai..
then, kami arrived kat sungai chiling..
masa perjalanan nak sampai tu, hujan rintik2..
so hopefully tak ramai orang..
end up, sampai2 ramai jugak. cehh..
sampai kena parking tepi tong sampah besar tuu...
ucukk nyeee.. (hahahaaa)
kay, tu saja jaa.. gedik.. 


okay, back to perjalanan nak pi sana..
kena trekking about 10 - 15 minit before sampai ke kaunter bayaran entrance
tapi, oleh kerana kami ni suka sangat bergambar, 
rasa macam 20minit jugak nak reach to main entrance tuu..
jalan sikit, nak tangkap..
jalan sikit nak tangkap.. haha










okay, bayaran nak masuk rm1 jaa.. murah..
and kalau korang bawak botol air mineral or roti ke (untuk bagi ikan makan)
korang akan di charge rm3 as deposit ja.. 
supaya korang tak buang sampah merata-rata.
lepas habes trekking, 
pergi la ke kaunter tu balik.
mintak deposit dengan tunjuk sampah2 barang yang korang bawak tadi.

then bermula la perjalanan.
benda yang korang akan jumpa dulu dalam trekking ni ialah jambatan.
range perjalanan dalam 45 - 55 minit jee.
and trek dia santai dan landai.
santai sebab tengah2 jalan tu korang jumpa tempat yang ada ikan banyak jugak.
tanpa perlu sampai ke tempat yang dekat air tejun tu lagi.
then, perjalanan yang membuatkan korang harus harungi
dan melintas 5 sungai.
lepas dah lalu semua 5 sungai,
baru dapat jumpa tempat terakhir.
yang ada air terjun.
and ikan dia sangat banyak..
sampai kau nak renang pun. boleh tercium ikan tuu.. 

okay, bawah ni aku sertakan gambar2 sepanjang perjalanan and kat air terjun tuu













tapi video ni terbalik (>_<) hahaa

okay.. dah puas semua.
boleh la pulang..
and sampai kat kaunter bayaran tu,
kalau korang lapar2 keee..
jangan risau.. sebab situ ada kedai..
boleh beli buah and makanan2..

then tukar pakaian dan pulang..

-the end-